Sunday, December 4, 2011

Suami Yang KuBenci

 
          Perkahwinan di antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan ini. 
          Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya.... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati....suatu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
          Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya? 
 Penulis : E-Man Sufi
Penerbit : Karyaseni Enterprise
Harga: RM20.00

Ulasan:
Memang berbaloi jika anda membeli novel ini. Walau pun penulisnya bukanlah seorang yang terkenal tapi plot cerita yang disampaikan menarik. Lenggok bahasa yang digunakan sungguh bersahaja, Mudah dibaca,difahami dan dijiwai. Watak-watak yang menarik..... seorang yang mempunyai keegoan yang tinggi manakala seorang lagi seorang yang penyabar dan lucu. Anda boleh ketawa, menangis dan tersenyum seorang diri ketika membaca novel ni. Selamat membaca......


No comments:

Post a Comment