Sunday, December 4, 2011

Tak Mungkin Dia

          Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungan untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab.
          Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menuyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.
          Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.

Penerbit: Grup Buku Karangkraf (Alaf 21)
Penulis : Rania Firdaus
Harga: RM21.00
Ulasan:
Jalan cerita yang menarik tetapi agak lembap dipermulaan cerita. Agak membosankan pada peringkat mula tetapi semakin rancak dipertengahan cerita. Mengisahkan bagaimana seorang gadis yang begitu pandai menjaga diri, begitu setia dan sentiasa bersama keluarga disaat susah dan senang. 

Suami Yang KuBenci

 
          Perkahwinan di antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan ini. 
          Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya.... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati....suatu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
          Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya? 
 Penulis : E-Man Sufi
Penerbit : Karyaseni Enterprise
Harga: RM20.00

Ulasan:
Memang berbaloi jika anda membeli novel ini. Walau pun penulisnya bukanlah seorang yang terkenal tapi plot cerita yang disampaikan menarik. Lenggok bahasa yang digunakan sungguh bersahaja, Mudah dibaca,difahami dan dijiwai. Watak-watak yang menarik..... seorang yang mempunyai keegoan yang tinggi manakala seorang lagi seorang yang penyabar dan lucu. Anda boleh ketawa, menangis dan tersenyum seorang diri ketika membaca novel ni. Selamat membaca......


Novelku DuniaKu....

Disebabkan hobiku yg semakin menjadi-jadi nih....rasanya lebih baik aku wat book review kat sini supaya kenkawan yg juga kaki novel leh sama berkongsi info tentang novel-novel terkini..... so nantikan next post berkenaan novel-novel yea....

Friday, April 9, 2010

Try test tengok....

This is my 1st time create new blog.... saja gatal2 tangan xde wat keje......